ASIAH FOOD & BEVERAGE (001763532-U) telah ditubuhkan pada 25 Nov 2008. Sebelum ini, aktiviti perniagaan dijalankan secara kecil-kecilan di rumah selama 30 tahun.

Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk mengendalikan kelas masakan dan menjual pelbagai produk makanan seperti makanan sejuk beku, kek, biskut, pastri, talam, roti, gubahan pengantin, perkhidmatan katering dan sebagainya.

Visi syarikat  adalah untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar makanan dan perkhidmatan terulung dengan  menghasilkan produk-produk yang memenuhi citarasa semasa dan antarabangsa.

Kelas masakan diadakan secara berkumpulan dan individu berdasarkan kursus dan modul yang dipilih oleh para peserta kursus. Pada tahun 2013 sehingga kini, pihak syarikat telah dipilih untuk menjadi koordinator Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk melatih para usahawan asnaf dalam menghasilkan produk-produk komersial dalam menambahkan pendapatan harian isi rumah para asnaf. Selain itu, Puan Asiah Hashim turut menjalankan kursus masakan terkini bersama Perbadanan Putrajayaa dan Utusan Malaysia.


Pengalaman Perniagaan (Produk)

Membekal aneka biskut ke Singapura, Brunei dan Hotel Concorde (Kuala Lumpur), menyediakan gubahan hantaran untuk majlis perkhawinan kenamaan dan hamper korporat untuk badan-badan berkanun (NGO's). Selain itu, Asiah Food & Beverage (AFB) turut menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis korporat dan rasmi. Buat masa ini, AFB giat mempromosikan produk frozen dengan kerjasama pihak SIRIM. Antara pelanggan tetap frozen AFB seperti Kafeteria Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan kerja Raya (JKR), Koperasi Jabatan Penjara Malaysia Bhd., SPPII, Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pejabat Bendahari, Universiti Sains Malaysia (USM). Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar produk sejuk beku AFB atau lain-lain produk AFB, sila kunjungi kedai kami di Prima Saujana atau tel: Pn.Asiah 012-222 5625 / 012-222 8537.





FREE RECIPE for BELOVED FRIENDS



MOIST CHOCOLATE CAKE


Bahan-bahannya

190 gram mentega
300 gram gula halus
4 biji telur
1/2 tsp vanilla
210 gram tepung
50 gram koko
1/3 tsp soda bikarbonat
1 tbsp serbuk penaik
250 gram air

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan vanilla. Pukul lagi.

Masukkan tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik yang telah diayak ke dalam adunan. Kemudian, masukkan air berselang-seli dengan bahan yang telah diayak tadi. Kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam dalam suhu 180'c.


Kek Lapis Betawi Prune

Bahan-bahannya


(A)

25 biji kuning telur
2 biji putih telur
220 grm gula caster
1 tbsp ovellete

(B)

400 grm mentega
20 grm susu manis
1 tsp vanilla

(C)
130 grm tepung gandum
500 grm pitted prune
Cara-caranya

1. Bahan A dipukul kembang dan gebu
2. Masukkan bahan B dan akhirnya bahan C. Kacau sebati.
3. Bakar selapis-selapis dengan ditabur buah prune.



    















Create your own banner at mybannermaker.com!
KURSUS MASAKAN 2016

Sila klik "KELAS MASAKAN" untuk jadual terkini.


Kami akan mengadakan Kelas Masakan Individu/Berkumpulan sepanjang masa 2016 mengikut permintaan.


Jadual Kelas Masakan ASIAH 2016
-sila klik KELAS MASAKAN


Kelas Masakan Asiah diadakan di A-27-1B, Jalan Prima Saujana, 43000 Kajang Selangor.

Pakej kelas meliputi pelbagai jenis masakan tempatan dan antarabangsa, kek, puding, biskut, kuih tradisional, frozen, talam dan pelbagai lagi.

Pn. Asiah juga merupakan Tenaga Pengajar bagi Kolej Komuniti selama 6 tahun. Beliau mengajar kelas masakan di Kolej Komuniti Hulu Langat mengikut modul yang ditetapkan.

Jika berminat, sila hubungi Pn. Asiah Hashim 012-222 5625 atau Cik Aimi 012-222 8537

Info Lanjut Sila Klik...

kelas
produk
Pesanan

Interaksi


ShoutMix chat widget